Hari nie tanggal 8 Mac 2011 ,semua dah sedia maklum hari nie adalah hari wanita sedunia. Apa tujuan hari wanita nie di wujudkan??
Di bawah nie antara di antara konteks yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam keghairahan golongan wanita meluaskan pengetahuan dan kemahiran untuk mengukuhkan kedudukan dan peranan
mereka dalam masyarakat seiring dengan arus
pemodenan negara, mereka tidak boleh mengabaikan usaha menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dan positif di kalangan remaja dan belia wanita. Ini termasuklah kemahiran dan keupayaan untuk
menguruskan tekanan hidup serta berhadapan dengan masalah secara rasional supaya gejala buang bayi yang semakin meruncing akhir-akhir ini mampu dibendung.
Jika tidak akan wujud jurang di antara golongan wanita di negara ini di mana pada satu tahap ramai golongan wanita yang cemerlang dalam kerjaya sehingga mampu menjadi pemimpin sektor
awam dan swasta, sementara satu golongan lagi khususnya remaja terlibat dalam pelbagai gejala sosial seperti buang bayi.
(Sumber teks Utusan Malaysia)
Betapa istimewanya seseorang wanita di mata dunia , wanita dilahirkan dengan sifat yang lembut dan mewah dengan keindahan yang tak ada pada lelaki2 di dunia ini ,sungguh indah ciptaan Allah terhadap wanita, kerana wanita di beri kekuatan untuk menjadi seorang anak , ibu dan isteri yang sempurna. Hargailah wanita-wanita di sekeliling kita terutamanya ibu yang tersayang yang telah banyak berkorban dan menanggung segala derita demi anak-anak. Saya sayang mak saya.
Akhir kata dari saya , SELAMAT HARI WANITA semoga kita menjadi role model dan teladan yang baik ,buat generasi wanita yang akan datang :) ..
2 comments:
selamat hari wanita buat kamu juga..:)
meh ke rumah..
~stationery~
keep in touch ye..♥♥♥
Terima kaseh :D
Ok i f0llow u.
Post a Comment