I'm officially married๐Ÿ‘ซ



Assalamualaikum wbt...

Lama gila tak update blog tup2 update kata dah menikah ๐Ÿ˜…

Alhamdulillah.
Bertunang pada 20 Disember 2018 dan bernikah pada 23 November 2019, majlis resepsi di adakan pada keesokan harinya 24 November 2019. Resepsi belah suami pula pada 8 Disember 2019.




Encik suami orang Kedah saya orang Penang, kami bercinta jarak jauh jumpa memang jarang sekali. Rasa macam nak mengimbau kembali perjalanan kisah cinta kami ๐Ÿ˜‚

Saya dan suami mula berkenalan pada pertengahan bulan tahun 2011, jangan tanya sapa yang mengorat sapa nah ๐Ÿคญ
Kami berkenalan dalam facebook. Kenal punya kenal hati budi masing-masing kami pun declare untuk bercinta ewahhh ๐Ÿ˜‚


Kami bercinta dulu, jumpa kemudian. Pertama kali kami berjumpa atau dalam erti kata lain dating๐Ÿคญ pada Sept 2011. Raya puasa masa tu. Masa ni encik suami masih bekerja di Kuala Lumpur. Masa bercinta tu memang jarang jumpa, kadang tu 3-6 bulan sekali baru kami jumpa.


Kami menyemai cinta selama 4 tahun, dari tahun 2011 hingga 2015. Langit tak selalunya cerah. Hubungan kami dilanda taufan ufuk timur ๐Ÿ˜Œ kami bergaduh teruk kali tu, tak sangka akan berakhir dengan perpisahan. Sebab terjadinya perpisahan tu tak perlu rasanya nak di ceritakan dekat sini. ๐Ÿ˜…

Sepanjang berpisah selama hampir 3 tahun ni memang saya tak dapat lupakan dia. Cuba nak melupakan dan nak terima orang lain, tapi tak boleh. Dia tetap dalam hati. Tersemat ,tersimpul rapi di dalam hati.


Tak ku sangka tak ku duga Februari 2018, saya berjumpa semula akaun facebook barunya ๐Ÿ˜ Dengan muka yang tak malu ni terus la saya add dia dan terus hantar Messenger kat dia. 2-3 hari selepas tu baru dia balas messenger aku. Allahu gembiranya bukan kepalang. Dia tinggalkan nombor WhatsApp dia sekali suruh aku WhatsApp dia.

Bermula kembali putik cinta antara kami berdua. Pada masa tu dia ada cakap yang dia nak hubungan kami ni jadi secepat mungkin. Dia nak lamar aku jadi suri hati dia ๐Ÿ˜

Selepas 8 bulan kami mengikat tali pertunangan. 11 bulan seterusnya kami selamat di akad nikahkan berwalikan dan di akad oleh abang kandungku. Alhamdulilah. Syukur ke hadrat ilahi. Kalau jodoh tu tak kemana juga. Jodoh salah alamat masa tu. ๐Ÿ˜‚




Sekarang dah nak masuk 5 bulan perkahwinan kami. Semoga hubungan kami sentiasa dibawah rahmat Allah, semoga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini akan berkekalan hingga ke jannah. Semoga kami dikurniakan zuriat yang baik-baik, tak sabar menunggu kehadiran dan merasa ada zuriat didalam rahimku ini... Semoga Allah makbulkan segala doaku. Aamiin Ya Rabbal Alamin...

No comments: